Girl Administrators
Posting : 934 Points : 28358 Reputation : 3 Join Date : 2009-05-25 Age : 42 Location : Kota Kinabalu
| Subject: Si Kejam dan Si Pengecut Tue Jun 16, 2009 5:31 pm | |
| Suatu ketika, Hajjaj Yusuf telah mengajak pelayannya untuk pergi menyamar supaya beliau dapat mendengar pandangan masyarakat terhadap dirinya. Di pertengahan hari, mereka berjumpa dengan seorang lelaki bernama Mulollib. Lantas Hajjaj yang zalim itu bertanya kepada Mutollib, "Hei, kamu...apa pendapat kamu tentang Hajjaj?' Jawab Mutollib, "Al-Hajjaj memang patut dilaknat Allah. Jika Hajjaj mati, biar Allah mencabut nyawanya dengan cara yang paling dahsyat." Hajjaj : Apakah kamu tahu siapa aku? Mutollib: Tidak. Hajjaj: Aku adalah Al-Hajjaj bin Yusuf Mutollib menggeletar, rupa-rupanya orang yang dihinanya tadi adalah Hajjaj. Dalam ketakutan itu Mutollib bertanya semula, "Engkau kenal siapa aku?" Hajjaj: Tidak Mutollib: Aku adalah Mutollib, pelayan Abu Lahab yang masyhur. Pada setiap bulan aku akan menjadi gila selama tiga hari dan hari ini adalah hari yang pertama. Hajjaj ketawa dan terus beredar.
**********
Hajjaj bin Yusuf (661-714) adalah gabenor Iraq semasa pemerintahan Khalifah Umaiyah, Abd. Malik bin Marwan dan Al-Walid I. Beliau digelar 'Hajjaj Yang Kejam'. Salah satu peristiwa paling diingati ialah tindakannya menyerang kota Mekah pada tahun 691 untuk menghapuskan gerakan anti-khalifah yang dipimpin oleh sahabat Nabi, Abdullah bin Zubair. Dalam serang itu, Hajjaj telah menembak kota Mekah dan sesiapa saja yang berlindung di dalam Masjidilharam, termasuk jemaah haji, dengan menggunakan batu dari Gunung Abu Qubays. Akibatnya, beribu-ribu orang mati dan Kaabah rosak teruk. | |
|