Kelab Kereta Mahkota Kota Kinabalu
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.

Created By: CROWN WEBMASTER


Welcome To Official KKMKK @ CROWN Website
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 CARRADINE TERSILAP RANGSANG SYAHWAT

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Kazumi
junior
junior
avatar

Virgo Dog
Posting : 228
Points : 15345
Reputation : 0
Join Date : 2009-05-24
Age : 34
Location : HAWAIII ISLANDS..

PostSubject: CARRADINE TERSILAP RANGSANG SYAHWAT   Sun Jun 07, 2009 7:30 pm


MUKA depan suratkhabar Thailand memaparkan berita aktor siri TV Kung Fu, Carradine yang ditemui mati tergantung dalam bilik hotel di Bangkok.



BANGKOK: Polis mengesyaki pelakon Amerika Syarikat, David Carradine, yang ditemui mati tergantung di bilik hotel beliau di Bangkok mungkin disebabkan kesilapan akibat perbuatan seksual.

"Ada tali diikat pada lehernya dan tali lain pada organ seks beliau dan kedua-dua tali itu diikat bersama dan tergantung dalam almari," kata Leftenan Jeneral Worapong Siewpreecha.

"Dalam keadaan ini kita tidak dapat pastikan sama ada beliau membunuh diri, tetapi beliau mungkin mati akibat merangsang syahwat sendiri," katanya.

Carradine, bintang siri televisyen 1970-an, Kung Fu dan filem Kill Bill ditemui dalam keadaan berbogel dan tergantung dalam sebuah almari di bilik hotelnya oleh seorang pekerja hotel pagi kelmarin. Beliau berusia 72 tahun.

Beliau berada di ibu negara Thailand itu untuk satu penggambaran filem Stretch. Warapong berkata, polis menyoal siasat krew produksi yang terbabit dalam filem itu pada hari kematian Carradine yang didapati mabuk sejak dari pagi hingga petang sehari sebelum beliau ditemui mati.

Polis berkata, laporan bedah siasat akan diketahui beberapa hari lagi sementara pasukan polis forensik turut memeriksa bilik dan menguji minuman yang ditemui dalam bilik Carradine.



Mereka juga meminta kebenaran kedutaan Amerika Syarikat untuk menyoal isteri pelakon itu, kata Worapong.

Pakar forensik Porntip Rojanasunan dari Kementerian Kehakiman Thailand berkata, kematian itu mungkin akibat daripada satu kemalangan merangsang syahwat.

"Ia bukan bunuh diri atau pembunuhan, tetapi beliau mati selepas melakukan onani," kata Porntip.

Pegawai polis, Pirom Janthapirom berkata, tiada tanda kecederaan pada badan Carradine. Kamera keselamatan menunjukkan tiada sesiapa yang masuk atau keluar dari bilik Carradine.

Penerbit filem Stretch iaitu firma Perancis, MK2 berkata, Carradine ditemui di hotel Nai Lert Park tiga hari sebelum berakhirnya penggambaran filem terbabit.
Back to top Go down
View user profile
 
CARRADINE TERSILAP RANGSANG SYAHWAT
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Reuben, your Byrds thread on the old members-only Ninja Turtles Fan Forum was otm.

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kelab Kereta Mahkota Kota Kinabalu :: KKMKK @ CROWN CITCHAT :: OFF TOPIC-
Jump to: