Kelab Kereta Mahkota Kota Kinabalu
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.

Created By: CROWN WEBMASTER


Welcome To Official KKMKK @ CROWN Website
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Bukan itu yang saya doakan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Girl
Administrators
Administrators
avatar

Taurus Rooster
Posting : 934
Points : 15518
Reputation : 3
Join Date : 2009-05-25
Age : 35
Location : Kota Kinabalu

PostSubject: Bukan itu yang saya doakan   Fri Jul 03, 2009 10:42 am

Pertandingan akhir kereta lumba mainan, akan bermula sebentar lagi. Orang ramai mengelilingi kawasan perlumbaan di padang itu untuk memberikan sokongan kepada lima orang kanak-kanak yang akan mempamer kehebatan kereta mainan masing-masing. Semuanya buatan sendiri sebab memang begitulah peraturannya.

Salah seorang peserta pertandingan akhir itu bernama Ahmad. Keretanya paling tidak menarik. Ia hanya dibuat dengan kayu yang sederhana dan sedikit lampu kedip di atasnya. Bentuknya tidak sebanding langsung dengan kereta mainan para peserta lain yang dibuat menggunakan kayu berkualiti, cat dan warna yang menarik serta kemas buatannya. Namun, Ahmad bangga sebab kereta itu buatan tangannya sendiri. Saat yang dinantikan semakin hampir. Setiap kanak-kanak sudah bersiap di garis mula untuk mendorong kereta masing-masing melalui lorong yang berlingkar-lingkar itu.

Beberapa detik sebelum perlumbaan bermula, Ahmad dilihat berkumat-kamit. Matanya terpejam, tangan diangkat dan dia memanjatkan doa kepada Ilahi. Kemudian, dia berkata, "Saya sudah bersedia!"

PPOOMMM!!! Tembakan dilepaskan tanda pertandingan bermula. Dengan satu hentakan kuat, lima kanak-kanak tadi mendorong kereta masing-masing selaju yang boleh. Semua kereta itu pun meluncur dengan deras. Orang ramai bersorak memberi sokongan.

"Cepat! Cepat! Laju lagi, laju!!" jerit kanak-kanak itu, termasuk Ahmad. Garis penamat semakin hampir dan....Ahmad diumumkan pemenangnya. "Alhamdulillah, terima kasih ya Allah," kata Ahmad sebik keretanya melepasi garis penamat.

Saat penganugerahan piala tiba, Ahmad melangkah ke depan. Sebelum piala itu diserahkan kepadanya pengadil bertanya, "Hai juara, pasti tadi kamu berdoa kepada Allah agar kamu menang, kan?"

Ahmad terkejut. "Bukan, cikgu! Bukan itu yang saya panjatkan," jawab Ahmad. "Tak adil kalau saya meminta pada Allah untuk menolong saya mengalahkan kawan-kawan yang lain. Saya sebenarnya memohon kepada Allah supaya saya tak menangis kalau saya kalah."

Semua hadirin terdiam mendengar kata-kata Ahmad itu.

_________________


http://beautieviolet.blogspot.com
Back to top Go down
View user profile http://beautieviolet.blogspot.com
shincanensom
Crown Partner
Crown Partner
avatar

Posting : 112
Points : 14579
Reputation : 0
Join Date : 2009-05-25
Location : RANAU-KK-BELURAN

PostSubject: Re: Bukan itu yang saya doakan   Tue Jul 21, 2009 9:39 am

bagus bagus bagus bagus ....
Back to top Go down
View user profile
 
Bukan itu yang saya doakan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Yang Wenli vs Universal
» Yang Zing (Cosmic Dragons) Arrived to TCG!
» Yang Zing Deck
» Yang Zing help
» Yang Zing Anti Meta Skill Deck

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kelab Kereta Mahkota Kota Kinabalu :: KKMKK @ CROWN CITCHAT :: OFF TOPIC-
Jump to: