Girl Administrators
Posting : 934 Points : 28268 Reputation : 3 Join Date : 2009-05-25 Age : 42 Location : Kota Kinabalu
| Subject: Makanan tepat, rambut pun sihat Fri Jun 26, 2009 9:50 am | |
| Sudah lama mengidamkan rambut yang sihat dan ideal? Alias tanpa kelemumur, tidak kusam, tidak kering dan tidak kuyup kerana berminyak? Keadaan rambut yang sihat memang memerlukan pasukan vitamin dan mineral dalam jumlah yang cukup.
Rambut kering biasanya disebabkan oleh dehidrasi, sedangkan rambut mati puncanya kurang khasiat. Keguguran rambut yang juga sering kali menjadi salah satu masalah yang kerap ditemui, biasanya disebabkan gaya hidup yang tidak sihat dan stres. Memiliki rambut sihat memang susah, namun bukan bererti tidak boleh dilakukan.
Masalah rambut gugur yang menjadi punca kebotakan, boleh anda atasi dengan mengambil suplemen multivitamin, termasuk vitamin C dan zat besi setiap hari. Meningkatkan kadar protein juga boleh didapati dengan makan daging dan minyak ikan. Keduanya juga bagus untuk membuat rambut tampak berkilau. Bila pasukannya cukup, cerita kekurangan protein dan zat besi yang menyebabkan rambut gugur tidak akan lagi anda alami.
Kulit kepala yang kering, biasanya disebabkan kerana kurangnya pengambilan asam lemak. Padahal asam lemak adalah lemak polyunsaturated yang penting bagi kelembapan kulit dan sel rambut. Mahu tahu sumbernya? Tidak sukar, makanlah minyak ikan seperti salmon, mackerel, serta buah segar avokado dan kacang-kacangan.
Masih berkaitan dengan kulit kepala, bila selama ini anda sering merasakan gatal dan kulit kepala merah-merah, ini mungkin disebabkan terlalu berlebihan pengambilan garam dan gula. Untuk mengatasinya, sebaiknya makan asam lemak yang cukup, serta keramas dengan syampu minyak pohon teh. Rambut yang bercabang juga sering disebabkan oleh kurangnya memakan protein dan asam lemak.
Beberapa masalah rambut lain yang juga kerap ditemui, masih juga disebabkan pasukan vitamin dan mineral yang kurang dosnya. Misalnya, bila rambut anda kering terlalu berlebihan, ia disebabkan kekurangan zat besi. Sedangkan untuk anda yang perokok, terutama perokok berat, masalah rambut rapuh akan sering ditemui kerana aliran darah dari akar ke rambut yang tersumbat kandungan nikotin.
Jadi berhati-hati, kerana apa yang anda makan, akan mencermin dari rambut anda. | |
|