Kelab Kereta Mahkota Kota Kinabalu
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.

Created By: CROWN WEBMASTER
Kelab Kereta Mahkota Kota Kinabalu
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.

Created By: CROWN WEBMASTER
Kelab Kereta Mahkota Kota Kinabalu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Welcome To Official KKMKK @ CROWN Website
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Masalah gigi & gusi berdarah ketika hamil

Go down 
AuthorMessage
Girl
Administrators
Administrators
Girl


Taurus Rooster
Posting : 934
Points : 28303
Reputation : 3
Join Date : 2009-05-25
Age : 42
Location : Kota Kinabalu

Masalah gigi & gusi berdarah ketika hamil Empty
PostSubject: Masalah gigi & gusi berdarah ketika hamil   Masalah gigi & gusi berdarah ketika hamil Icon_minitimeThu Jun 25, 2009 2:30 pm

Kehamilan membawa banyak perubahan pada diri seorang wanita dan gigi adalah anggota yang
tidak terkecuali dari mengalami perubahan tersebut. Ketika hamil, ibu kerap menghadapi masalah gigi dan
juga gusi berdarah. Sebabnya sewaktu hamil gusi menjadi lebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika
memberus gigi sekalipun boleh menyebabkan gusi berdarah. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan
adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. Sewaktu
bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti
kuman. Selain itu rasa mual dan munta di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu
menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah. Gangguan ini menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik.
Perlu diakui tanpa gangguan sakit gigi sekalipun ibu hamil sudah cukup menderita dengan segala perubahan
yang terjadi pada tubuhnya. Jadi seboleh mungkin ibu hamil mencegah diri dari menghadapi masalah ini.



Cegah masalah gigi

Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi
dan gusi dengan melakukan rutin ini.



Bersihkan diri dengan teratur

Jika perlu gunakan benang gigi setelah selesai makan dan sebelum tidur.
Penggunaan ubat kumur yang mengandungi anti-septik juga boleh membantu
membersihkan permukaan gigi. Ia mampu mengeluarkan sisa makanan dan menghilangkan
lapisan plak sekali gus membebaskan kuman secara keseluruhan dari rongga mulut.
Selain itu setiap kali muntah berkumur dan gosoklah gigi.



Jaga Pemakanan

Antara lain dengan memastikan pengambilan vitamin B6 dan C yang mencukupi.
Kedua vitamin ini membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan.
Vitamin B6 boleh diperoleh dari bahan makanan yang berasal dari biji-bijian dan kacang.
Manakala vitamin C boleh diperoleh dengan mengambil buah-buahan berwarna cerah dan
segar seperti jambu, betik, oren dan sayuran berwarna hijau. Disamping itu ibu hamil juga
perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi
sihat dan gusi kuat. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt, keju,
minyak hati ikan, ikan dan sayuran hijau. Selain itu awasi pengambilan makanan yang
manis kerana makanan bergula diketahui dapat menyebabkan kerosakan gigi.



Rawatan gigi

Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang sebaiknya ibu hamil
berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan
jelaskan bahawa anda sedang hamil. Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan
pemeriksaan yang boleh menganggu kehamilan seperti penggunaan sinar-x. Selain itu
pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat
yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap
janin yang dikandung. Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi,
ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat
bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan
melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama
dan ketiga.
Back to top Go down
http://beautieviolet.blogspot.com
 
Masalah gigi & gusi berdarah ketika hamil
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kelab Kereta Mahkota Kota Kinabalu :: KKMKK @ CROWN CITCHAT :: GIRL TALK-
Jump to: